26 Februari 2012

Alat Muzik Traditional ❤


Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ia disertakan secara berpasangan iaitu Canang 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik mengikut amalan semasa canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch). Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Pada masa kini, dua jenis canang yang sering dihasilkan adalah yang diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan. Muzik Angklung bermula dari Jawa BaratIndonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang
paling popular bagi masyarakat 
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendangKulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembukerbau malah getah sintetik.Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.      


Informasi Dipetik daripada ; wikipedia , bahasa melayu :)
Gambar dipetik daripada ; Google :)
                                                           

29 Januari 2012

'Pengalaman Menyertai Bengkel Muzik Tradisional' :D

Aku suka sangat dengan dikir barat . Satu-satu Pengalaman yang aku tidak akan lupakan . ;) Aku mahu menjadi juara kerana aku yakin dengan diriku . :D Pada mulanya kita harus memperkenalkan diri kita . Kita harus memberitahu nama kita , menengah berapa dan kita suka menyanyi atau bertepuk-tepuk tangan atau main kompang . :) Aku memberitahu yang aku suka menyanyi . ;D Weee~ Selepas itu dia memperkenalkan berbagai jenis kompang . :) Aku pun dengar dengan teliti apa yang dia sedang bercakap . :) Selepas itu dia berpecah kan kita semua kepada tiga kumpulan . Satu kumpulan untuk orang yang suka bermain kompang , lagi satu kumpulan untuk orang yang suka bertepuk-tepuk tangan , dan kumpulan yang terakhir untuk orang yang suka menyanyi dan aku ada di dalam kumpulan itu . :) Gerek tawu ! :D Dia mengajar kita semua yang ada di kumpulan itu untuk menyanyi sebuah lagu yang berjodol Cenderawasih . ;) Tapi dia cuma mengajar satu verse sahaja kerana tidak cukup masa . :) Sampai hari ini aku tidak lupa lirik tersebut . Aku akan menyani sendiri di rumah . Hehehe . :) Aku tidak sabar untuk sesi yang akan datang pada 290212 . :D Weee~ Harap-harap aku dapat menjadi juara atau pun tukangkarut . Kalau tidak aku akan menjadi seorang awok-awok . :) Dan aku harap pada tahun yang akan datang kita akan mengadakan aktivi seperti ini . ;) Dan aku mahu mengambil bahagian dalam akitivi ini . :D Aku dengar kita akan membuat persembahan dikir barat ini tau . :D Mesti gerek sekali . :D Tidak sabar rasanya . :) Kbye~
~ Shikeen <3

23 Januari 2012

Hari ahad . ~ 220112 ~

Pada hari ahad , aku dan kawan baikku membuat temu janji . Kita keluar bersama . Kita pergi ke pusat membeli belah . :) Fuhh . Gerek sungguh . Kita mengambil gambar bersama . :D Hehehe . Lawa tahu gambar itu semua . :) Saya pergi ke rumahnya , dari situ kita pergi ke pusat membeli belah dengan menaiki taxi . ^^ Weee~ Dalam taxi pun kita sempat mengambil gambar . ^^ HekHekHek . :) Selepas turun dari taxi kita membeli air bubble tea . :> Kita jalan-jalan sekejap , selepas itu perut pun sudah lapar kita pergi beli makanan . :) Kita lepak kat taman permainan sambil makan . Kita pon sempat mengambil gambar lagi . ^^ Kawan baikku mengikatkan rambutku . Hehs . Lawa tahu dia buatkan rambutku . :) Hehs . Selepas itu kita pulang ke rumah . :) Itulah yang aku buat sepanjang hari ahad . :) 

Hari subtu . ~210112~ :D

hello . :) Pada hari subtu nenek dan datukku datang ke rumahku . Aku rasa sungguh gembira kerana sudah lama aku tidak menjumpa mereka . Kami semua berbual . Gembira rasanya bersama keluargaku . Rasa rinduku kepada nenek dan datukku pun hilang . Pada pagi subtu , aku bangun pada pukul 8 pagi . Aku mandi , menonton televisyen , makan sarapan dan terus membuat kerja rumah . :) Fuhhh... Penat sungguh tahu membuat kerja rumah . :) Lepas itu nenek dan datukku sampai ke rumahku . :) Mereka suka menasihatiku dan adik-beradikku . :) Aku sayang keluargaku walaupun mereka selalu memarahiku . :) Nenek dan datukku pulang ke rumah pada pukul 9 malam . :) Hais . Itulah yang aku buat sepanjang hari subtu itu . Selepas nenek dan datukku pulang , aku terus tidur . :D Hehehe . :) 

25 Mac 2011

Ulasan Buku...

1) Tajuk buku: Dear Yayah 
2) Pengarang: Farihah Iskandar
3) Penerbit: Nurismaliza Ismail
4) Watak-watak buku:
     Yayah: Diari Jihan
     Suria: Teman baik Jihan
    Hazman: Teman baik Jihan
    Ik: Jejaka Misteri
5)Sinopsis buku: Cerita ini tentang dua budak pelajar yang suka dengan dua budak lelaki yang bermain bola. Jihan mempunyai teman lelaki dan dia tidak mahu pelajar-pelajar lain tahu tentang mereka. Suria pula suka dengan budak lelaki yang bernama khairi. Tetapi Khairi tidak tahu Suria itu siapa.Jihan mempunyai dua kawan yang bernama Suria dan Hazman. Mereka semua plejar di campus tetapi kelas mereka berbeza. Jihan suka menulis perkara hariannya di sebuah diari yang bernama Yayah. Budak lelaki ini suka dengan Suria, dia bernama Ik. Ik selalu memberi kad-kad yang cantik-cantik kepada Suria.
   Bahagian yang paling "gerek" sekali adalah apabila masalah mereka sudah diselesaikan.
 6)  Dua pengajaran yang saya pelajari ialah jangan cepat menuduh orang sembarangan dan jika kita ada rahsia,biarlah ia menjadi rahsia selamanya.
   8) Bahasa mudah difahami
9)mudah di fahami
10) jalan cerita mudah difahami
   11)  Saya berikan cerita ini 3 bintang sahaja.

02 Mac 2011

Bengkel Batik 2011... =]

Saya dan rakan-rakan sedarjah saya mengikuti bengkel batik pada 2 mac 2011.Kami semua mewarnakan batik-batik tersebut.Kami semua mewarnakan batik-batik itu dengan warna-warna yang menarik sekali.Pada mulanya perasaan saya agak takut sekali kerana saya tidak pernah melakukan pekara seperti ini.Apabila saya memulakan perwarnaan saya,saya berfikir bahawa ini perkara yang senang sahaja.Selepas mewarnakan batik itu,saya terperanjat kerana saya tidak sangka yang saya boleh merwarnakan batik itu dengan begitu baik sekali .Pengajaran yang saya raih dalam bengkel ini ialah untuk bersabar kerana perlukisan batik memakan masa dan setiap perwarnaan itu harus dilakukan dengan teliti.

MUZIK...

Glitter Text...