26 Februari 2012

Alat Muzik Traditional ❤


Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ia disertakan secara berpasangan iaitu Canang 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik mengikut amalan semasa canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch). Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Pada masa kini, dua jenis canang yang sering dihasilkan adalah yang diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan. Muzik Angklung bermula dari Jawa BaratIndonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang
paling popular bagi masyarakat 
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendangKulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembukerbau malah getah sintetik.Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.      


Informasi Dipetik daripada ; wikipedia , bahasa melayu :)
Gambar dipetik daripada ; Google :)
                                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MUZIK...

Glitter Text...